KURSUS JARAK JAUH


KURSUS JARAK JAUH ATAU HADIR DIRI

PNN bermaksud gabungan ilmu-ilmu nusantara berasaskan olah nafas yang pernah dipelajari oleh pengasas dari perguruan-perguruan malaysia dan indonesia.
kini digabungkan menjadi kaedah yang paling mudah dikuasai walaupun dengan jarak jauh.
"Dari nafas melahirkan pencak,dari nafas lahirnya sihat,
dari nafas lahirnya ilham,setiap yang hidup perlukan nafas
yang tak bernafas itu mati, nafas biasakah nafas asalmu?
nafas dadamu, nafas perutmu, nafas jantungmu,
bernafas bersama penciptamu,
bernafaslah..!!!!
nafas bersaktah, nafas berirama, nafas dalam aluan ayatNya.
semua mempunyai rahsia di dalam rahsia.
setiap rahsia bila dicoret, diungkap maka ia bukan lagi dinamakan RAHSIA..."
  
TAHAP ASAS PNN
MAHAR RM45 
SIJIL DAN NOTA AKAN DI POS KE ALAMAT, BELAJAR DALAM GRUP WHATSAPP SETIAP MALAM ISNIN HINGGA JUMAAT
KONSEP BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN AHLI LAMA.
 
MODUL LATIHAN:
  1. KOSONGKAN TENAGA LAWAN SECARA JAUH JARAK JAUH ATAU DEKAT (PERTAHANAN) 
  2. KOSONGKAN ENERGI ORANG KERASUKAN (ENERGI NEGETIF) 
  3. KOSONGKAN BARANG SIHIR, HISTERIA BERKEPULAN, SAKA, SANTAU DAN LAIN-LAIN. 
  4. KOSONGKAN ENERGI BENDA YANG DIISI SEPERTI MINYAK, MINYAK, BATU, DAN LAIN -LAIN. 
  5. KOSONGKAN ENERGI NEGETIF UNTUK PESAKIT ZAHIR (TERAPI RAWATAN) 
  6. MENGOSONGKAN ENERGI KEKUATAN ROH AMALAN KEBATINAN SESEORANG. 
  7. MENGOSONGKAN ENERGI NEGETIF AGAR TIDAK DIBENCI, DIKHIANATI, DIMARAHI DAN SEUMPANYA.
ILMU PELENGKAP PANGAMAL METAFIZIK
  1. TEKNIK MUDAH MENGISI ENERGI PADA ORANG DAN OBJEK SEPERTI BATU, KAYU, KERIS MINYAK DAN SEBAGAINYA (BOLEH TERUS DIUJI KEBERADAAN ENERGI TERSEBUT)  
  2. TEKNIK MUDAH UNTUK MERASAI ELEKTRIK TUBUH. 
  3. TEKNIK MUDAH UNTUK MERASAI GELOMBANG DAYA MAGNET TUBUH. 
  4. TEKNIK MUDAH MENGALIRKAN ELEKTRIK TUBUH UNTUK RAWATAN DIRI DAN ORANG LAIN. 
  5. TEKNIK MUDAH BANGKITKAN PANCA INDERA KEENAM. 
  6. TEKNIK MUDAH MENGESAN BARANG SIHIR DITANAM. 
  7. TEKNIK INI JUGA DIGABUNGKAN DENGAN KAEDAH DAN KAJIAN SAINS FIZIK.
PERCUMA AMALAN JABAT IBU GAYONG, SENAM TUA PARA PENDEKAR UNTUK KEPANTASAN.
 SEMUA MODUL DIATAS BOLEH DIOLAH UNTUK 1001 KEGUNAAN.
SYARAT KURSUS:
  • TAHU MENGHARGAI ILMU DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. tidak sewenangnya menggunakan ilmu ini. hanya boleh digunakan untuk kebaikan dan jauhi permusuhan. sekiranya menggunakan ilmu ini untuk kejahatan dan permusuhan sesama islam saya tidak bertanggungjawab diatas apa yang anda lakukan. 

TAHAP WAKIL DEWAN GURU PNN 
MAHAR RM150.00
 SIJIL DAN NOTA, GRUP WHATSAPP ULANGKAJI JARAK JAUH.
 TEKNIK MEMBUKA ENERGI TUBUH MURID TAHAP ASAS, TEKNIK AKSES ENERGI ILMU DAN RAWATAN DIRI DAN ORANG LAIN
PERCUMA 30 KEILMUAN AMPUH PARA PENDEKAR
** AMALAN NADI 10 IBU GAYONG**

TAHAP MASTER PNN
MAHAR RM275.00
SIJIL, NOTA DAN GRUP KELAS ULANGKAJI SECARA JARAK JAUH MELALUI GRUP KELAS WHATSAPP.
TEKNIK MEMBUKA ENERGI MURID ASAS DAN DEWAN GURU, 5 KITAB ILMU HIKMAH SEBAGAI PEDOMAN, PERCUMA AMALAN HAKIKAT BESI KHURSANI DAN AMALAN SELENDANG MERAH KIYAI HAJI SALLEH.
 


TAHAP GRANDMASTER PNN
RM1,400.00
SIJIL, NOTA DAN GRUP KELAS WHATSAPP JARAK JAUH UNTUK ULANGKAJI DAN KONGSI PENGALAMAN.
TEKNIK MEMBUKA ENERGI ASAS, DEWAN GURU DAN MASTER PNN, 4 KITAB GRAN MASTER SEBAGAI PANDUAN DAN MENGGUNA. 
 PERCUMA AMALAN MAT KILAU DAN TOK JANGGUT.

TAHAP SUPER GRAND MASTER PNN
MAHAR RM1,900.00
NOTA , SIJIL DAN KELAS JARAK JAUH GRUP WHATSAPP UNTUK ULANGKAJI DAN PERTANYAAN MENGENAI SILIBUS PELAJARAN. 
ILMU BIO~ENERGI TUBUH DAN ALAM DALAM 1001 GUNA, UNTUK RAWATAN, BELADIRI, KESUKSESAN, KARISMA DAN BANYAK LAGI. 

**BENGKEL ULANGKAJI DIADAKAN SETIAP NEGERI MENGIKUT JADUAL UNTUK AHLI PNM ULANGKAJI PELAJARAN
AKAN DIMAKLUMKAN DALAM GRUP KELAS WHATSAPP** 






KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI PENCAK NAFAS NUSANTARA:
Bayaran kursus/mahar lanjutan cuma 50%.
Kad benergi dah boleh diuji jika kad tersebut berada di badan anda.
Membangkit potensi diri. 



Apakah anda setuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) TENAGA AJAIB TERSEMBUNYI DI DALAM MINDA

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA KE MINDA

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) DAYA MAGNET DALAM FIKIRAN BEREMOSI

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) MENGAWAL MINDA UNTUK LEBIH BERJAYA

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) DUA PEMIKIRAN DALAM MASA YANG SAMA

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) MINDA TERANGSANG MELALUI DOA DAN SOLAT

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


 
MASTER MAHYUDIN BIN HALIM
PENGASAS
PENCAK NAFAS MALAYSIA 
 **************************
TELEFON URUSETIA PNM
MASTER MAN: 018-2253313
MASTER ZAHAD: 013-488 9747
MASTER JIWA : 019-3009009
**************************