SOALAN LAZIM



Soalan Lazim Tentang TENDAI ( Tenaga Dalam Ilahi )

(SOALAN ): Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH ?


(JAWAPAN) : Tendai adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Illahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang ALLAH kurnia. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat.
Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melaluitransfer energi pembuka atau pembangkitdari Tendai Master kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.

(SOALAN ): Apakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa…?

(JAWAPAN ): Latihan Tendai adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu – ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuklah juga dari Negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan.
Latihannya hanya melibatkanolahan pernafasan. Tarik nafas tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

(SOALAN ): Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan ? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa Energi itu telah ditransferkan ?

(JAWAPAN ): Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu initerus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas dalam diklat panduan Aplikasi Tendai yang akan disertakan untuk Ahli baru.  Setelah pengisian anda akan dapat merasa samada terasa haba di telapak tangan , terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di hujung jari.Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

(SOALAN ): Adakah ilmu ini kekal sampai bla-bila ? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti meninggalkan solat dan sebagainya ?

(JAWAPAN ): Keilmuan yang telah diisi tidak hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat.Tiada sebarang pantang larangyang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan. Namun demikian sekiranya ingin mendapat keberhasilan ilmu ini dengan lebih baik,meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

(SOALAN ): Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja ?

(JAWAPAN ):Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

(SOALAN ): Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut ?

(JAWAPAN ): Boleh belajar ilmu lain dan tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari dan tidak Berjaya. Insya ALLAH boleh dibangkitkan semula dengan jaya. Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negative akan tertolak atauterkeluar secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

(SOALAN ):Apakah ilmu ini boleh untuk apa jua hajat ?

(JAWAPAN ): Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apa jua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan didalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran ,semut –semut atau habapada telapak tangan. Selepas itu selesai , itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. Insya ALLAH.

(SOALAN ):Perlukah latihan untuk ilmu ini ? Sampai bila berlatih ?

(JAWAPAN ):Latihan diperlukan untukmenstabilkan energyatau tenaga dalam badan yang telah diisi . ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru dalam badan anda.Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung. Sekiranya tiada latihan tersebut,energy tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa.  Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari. Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

(SOALAN ): Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekiranya saya ada sebarang masalah?

(JAWAPAN ): Selepas pengisian selama 20 minit, olahan pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja. Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan. Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, email, surat dan sms. Untuk surat, pastikan mempunyai setem 30sen untuk balasan.

(SOALAN ): Bilakah saya boleh belajar peringkat GURU ?

(JAWAPAN):Anda boleh membayar mahar peringkat Guru terus iaituRM/BRUNEI/SINGAPURA/US 650. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH.

Bagi peringkat DASAR Mahar RM/SINGAPURA/BRUNEI/US 165. Selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat bayaran untuk peringkat GURU RM/BRUNEI/SINGAPURA/US 550. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU. GRANDMASTER RM2800, SGM RM3800.